Ikan Kukus Bersama Cendawan
30 minit
6 Hidangan
Keterangan Resipi
Ikan kukus yang harum dan menyelerakan yang mudah disediakan dan dimasak. Paling sedap dimakan bersama nasi dan dikongsi bersama orang tersayang.
Bahan-bahan
900 g | Ikan kerapu pelangi, dibuang sisik, dibersikan, dan dipotong |
20 g | Halia, dihiris nipis |
2 sudu besar | Minyak masak |
4 ulas | Bawang putih, dicincnag |
150 g | Cendawan Buna Shimeji, dibuang akar |
150 g | Cendawan Shiitake, dihiris |
125 ml | Air |
2 sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |
1 sudu besar | Minyak bijan |
1 setangkai | Daun ketumbar, dicincang |
1 setangkai | Daun bawang, dicincang |
Cara Menyediakan
- Letakkan ikan di dalam pinggan pengukus dan taburkan halia di atas ikan.
- Sediakan kuali berisi air untuk mengukus, biarkan mendidih di bawah api besar.
- Letakkan ikan di dalam pengukus setelah air mendidih. Kukus ikan dengan api besar selama 15 minit.
- Didalam kuali yang lain, panaskan minyak masak, masukkan bawang putih, tumis hingga perang sedikit.
- Masukkan cendawan, 125 ml air dan perasakan dengan Rasa Sifu™.
- Setelah kuah mendidih, tuangkan minyak bijan dan gaul rata.
- Tuangkan adunan cendawan ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan segera
Tips
- Anda boleh memasak cendawan didalam periuk/kuali lain sementara ikan dikukus separuh jalan sebelum masa memasak.
- Gunakan cara mengukus tradisional untuk mendapatkan hasil terbaik.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Rasa Sifu® Recipes