Khichidi (Bubur Nasi bersama Kekacang)

1 jam

1 Hidangan

Khichdi ialah makanan India klasik dan lazat yang diperbuat daripada nasi dan kekacang(dal). Hidangan ringkas dan sihat ini boleh dinikmati seisi keluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
126 kcal

Carbohydrate
15.4 g

Protein
3.8 g

Fat
5.5 g

Sodium
533.4 mg

1/4 cawan | Dhall hijau, direndam dalam air 20 minit |
1/4 cawan | Beras, direndam dalam air 20 minit |
2 sudu besar | Minyak masak |
1/2 sudu kecik | Jintan putih |
1/2 sudu kecik | Biji sawi |
1 sudu kecik | Halia, dicincang |
1 biji | Cili hijau, dihiris |
1 biji | Bawang merah, dihiris |
1 biji | Tomato, dicincang |
1/2 cawan | Kacang hijau |
1/2 sudu kecik | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
3 cawan | Air |
1 1/8 sudu kecik | AJI-NO-MOTO® |
1/2 sudu kecik | Garam |
1 sudu besar | Daun ketumbar, dihiris |

- Panaskan minyak, tumis jintan manis dan biji sawi.
- Masukkan halia, cili hijau, bawang besar, tomato dan kacang hijau dan kacau rata. Masak selama 2 minit.
- Masukkan dhall yang telah ditapis, beras dan TUMIX®, kacau rata.
- Masukkan air untuk khichdi lembut seperti bubur. Tambah lebih banyak air jika perlu.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam, kacau rata.
- Hidangkan bersama hirisan ketumbar.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 28% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.




