Ayam Peri-Peri ‘Rice Bowl’

Ayam Peri-Peri ‘Rice Bowl’
recipe-cook-time
10 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Nak resipi yang sihat dan sedap untuk dimasak buat keluarga anda? Cubalah resipi Ayam Peri-Peri ‘Rice Bowl’ ini. Rasa ayam nya berjus dan manis-manis pedas.

Ingredients
Bahan-bahan
10 mangkuk Nasi Putih
1 batang Timun, dipotong dadu kecil
3 biji Tomato, dipotong dadu kecil
250 g Isi Jagung, dikukus

Bahan-bahan (A): Ayam Panggan

5 keping Isi Dada Ayam, tanpa tulang
¼ cawan Minyak Zaitun
6 ulas Bawang Putih
1 biji Lemon, diperah jus
2 biji Cili Padi Merah
3 sudu kecil Serbuk Paprika
1 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
1⅛ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa

Bahan-bahan (B): Peri-Peri Sauce

100 ml Minyak Zaitun
6 ulas Bawang Putih
1 biji Jus Lemon
½ cawan Cuka
2 sudu besar Sos Tomato
12 biji Cili Padi Merah
2 biji Cili Merah
1 sudu besar Oregano Kering
1 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam
Method
Cara Menyediakan

Cara menyediakan: Ayam Panggang

  1. Masukkan bahan-bahan (A) dan TUMIX® kecuali dada ayam ke dalam pemproses makanan dan kisar sehingga menjadi pes halus.
  2. Ratakan ke seluruh isi ayam dan perap di dalam peti sejuk semalaman.
  3. Panaskan ketuhar hingga 180˚C.
  4. Panggang ayam dengan api sederhana di atas dulang pembakar. Bakar selama 50 minit pada suhu 180˚C.
  5. Potongkan kiub sebelum dihidangkan.
  6. Susunkan ½ daripada sekeping dada ayam di atas semangkuk nasi bersama sos peri-peri, 1 sudu besar timun, tomato dan jagung.

Cara menyediakan: Sos Peri-Peri

  1. Kisarkan semua bahan (B) bersama TUMIX® sehingga mencapai tekstur sos yang licin.
  2. Hidang bersama nasi.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg