Burger Hawaii



Memperkenalkan kepada anda Burger Hawaii yang lazat, masam manis lagi enak. Anda akan berasa seperti anda di Kepulauan Hawaii selepas gigitan pertama! Jom cuba burger ini!

Ingredients:
Secukupnya | Minyak masak |
1 keping | Burger Daging Lembu/ Ayam |
10 taburan | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
1 keping | Kepingan nanas |
10 g | Marjerin |
1 biji | Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin |
Secukupnya | Mayonis |
1 helai | Daun selada (atau kubis dihiris nipis – pilihan) |
2 taburan | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Secukupnya | Sos cili |

-
Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak. Ketepikan.
-
Panggang kepingan nanas sehingga kedua belah keperangan. Taburkan AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 2 kali pada kedua belah kepingan nanas semasa memasak.
-
Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
-
Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam, kepingan nanas, dan paipkan mayonis, sos cili dan 2 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Letakkan roti burger bahagian atas.




