Nasi Ayam


6 Hidangan


Nasi Ayam adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Ini adalah cara yang mudah dan cepat untuk masak Nasi Ayam sehingga menjadikannya salah satu hidangan paling popular di Asia Tenggara.
Hidangan nasi ayam ini dibuat dengan nasi yang dimasak menggunakan air rebusan ayam dan ayam yang diperapkan dengan sos campuran bawang merah, bawang putih, dan halia sebelum digoreng.
Ayam akan dihidangkan bersama dengan nasi, kuah kicap dan sos cili. Hidangan ini boleh dihidangkan dengan atau tanpa sayur-sayuran. Nasi ayam adalah hidangan yang sihat dan menyelerakan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari.
Ayam

2.5 liter | Air |
1 ekor | Ayam |
4 biji | Bawang merah, dikisar |
4 ulas | Bawang putih, dikisar |
1 inci | Halia, dikisar |
2 sudu besar | Sos tiram |
2 sudu besar | Kicap manis |
3 sudu kecil | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
Secukunya | Minyak masak |

- Didihkan air, celurkan ayam ke dalam air rebusan sehingga kulit kelihatan masak. Keluarkan dari air mendidih.
- Satukan bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam. Sapukan pada ayam. Perapkan selama 2 jam.
- Panaskan minyak masak dan goreng sehingga masak dengan api sederhana.
Nasi

500 g | Beras |
2 sudu besar | Mentega |
5 ulas | Bawang putih, dicincang |
1 inci | Halia, dihiris |
1 batang | Kulit kayu manis |
1 kuntum | Bunga lawang |
2 biji | Buah pelaga |
2 helai | Daun pandan |
600 ml | Air rebusan ayam |
1 ½ sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |

- Rendamkan beras selama 20 minit dan toskan selama 20 minit.
- Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
- Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
- Tuangkan air rebusan ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
Kicap

1 sudu besar | Minyak masak |
1 ulas | Bawang putih, dicincang |
150 ml | Air rebusan ayam |
2 sudu besar | Kicap manis |
½ sudu besar | Sos tiram |

- Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan air rebusan ayam, kicap manis dan sos tiram. Didihkan.
Sos cili

7 biji | Cili merah |
3 ulas | Bawang putih |
½ inci | Halia |
150 ml | Air |
1 sudu besar | Sos cili |
1 sudu besar | Sos tomato |
1 sudu kecil | Cuka |
½ sudu kecil | Garam |
1 sudu kecil | Gula |

- Kisarkan cili merah, bawang halia dan bawang putih. Tuangkan bahan kisar kedalam periuk dan masukkan sos cili, sos tomato dan cuka. Biarkan mendidih.
- Perasakan dengan garam dan gula.
Sup

1 liter | Air rebusan ayam |
1 bunjut | Rempah sup |
2 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
1 tangkai | Daun sup |

- Didihkan air rebusan ayam. Masukkan bunjut rempah sup.
- Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
- Masukkan daun sup. Sedia untuk dihidang.
Bahan Iringan

½ biji | Timun, dihiris |
2 biji | Tomato, dihiris |
5 helai | Daun Salad |


