Kubis Pancake

Kubis Pancake
20 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

‘Pancake’ atau Lempeng dengan kubis dan telur merupakan resipi asli dari Korea. Dengan sedikit rasa kemanisan tiram dan aroma sedap daripada Rasa Sifu™, resipi ini menjanjikan kelazatan dan pilihan terbaik untuk dihidangkan ketika melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Ingredients
Bahan-bahan
2 cawan Tepung gandum
2 cawan Air
100 g Kubis, dihiris nipis 1 cm lebar
50 g Lobak merah, dipotong mancis
3 helai Daun bawang, dihiris 3 cm panjang
1½  sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
Secukupnya Minyak masak

Bahan-bahan A: sos pencicah

2 sudu besar Kicap cair
4 sudu besar Cuka
1 sudu kecil Kepingan cili
1 sudu kecil Bijan putih, disangai
Method
Cara Menyediakan
  1. Satukan tepung gandum dan air di dalam mangkuk, gaul rata.
  2. Kemudian masukkan kubis, lobak merah dan daun bawang.
  3. Perasakan dengan Rasa Sifu ™, gaul rata.
  4. Panaskan minyak masak, tuangkan bancuhan ke dalam kuali dan ratakan.
  5. Goreng dengan api sederhana sehingga garing pada kedua-dua belah.
  6. Hidang bersama sos pencicah.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Rasa Sifu® Recipes
Rasa Sifu® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg