Mee Kari

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Sedapnya makan Mee Kari dengan udang, pastinya membangkitkan selera. Resepi Mee Kari ini sangat mudah untuk disediakan.

Cadangan Hidangan: 4 – 6 orang

Bahan-bahan: kuah kari
¾ cawan | Minyak masak |
4 sudu besar | Serbuk rempah kari daging, digaul bersama sedikit air |
250 g | Isi ayam |
2 sudu kecil | Asam jawa, dicampur dengan 4 cawan air |
½ cawan | Santan |
4 sudu kecil | Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX® |
½ sudu kecil | Garam |
1 sudu kecil | Gula |
6 biji | Tauhu goreng / tauhu lampung, dibelah dua |
Bahan-bahan A: dikisar halus
2 biji | Bawang besar |
2 ulas | Bawang putih |
1 inci | Halia |
1 batang | Serai |
6 tangkai | Cili kering, dibuang biji dan direbus |
100 ml | Air |
Bahan-bahan B: bahan sampingan
600 g | Mee kuning, dicelur dan ditoskan |
100 g | Isi udang, dicelur |
100 g | Isi kerang, dicelur |
1 peket kecil | Bebola ikan, dicelur |
4 helai | Sawi, dicelur |
50 g | Tauge, dicelur |
3 biji | Telur rebus, dibelah dua |
2 biji | Hirisan cili merah |
30 g | Daun sup, dihiris nipis |
2 sudu besar | Bawang goreng |

1.
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan (A) bersama pes rempah kari sehingga pecah minyak.
2.
Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga separuh masak.
3.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
4.
Perasakan dengan Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®, garam dan gula. Akhir sekali masukkan tauhu pok. Kacau dan padamkan api.
5.
Masukkan sedikit mee kuning di dalam mangkuk, tuangkan kuah dan hiaskan dengan bahan sampingan. Sedia untuk dihidang.
Disqus comment