Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam tanpa Kiub Pati Ayam
recipe-cook-time
6 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Nasi Ayam adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Ini adalah cara yang mudah dan cepat untuk masak Nasi Ayam sehingga menjadikannya salah satu hidangan paling popular di Asia Tenggara.

Hidangan nasi ayam ini dibuat dengan nasi yang dimasak menggunakan air rebusan ayam dan ayam yang diperapkan dengan sos campuran bawang merah, bawang putih, dan halia sebelum digoreng.

Ayam akan dihidangkan bersama dengan nasi, kuah kicap dan sos cili. Hidangan ini boleh dihidangkan dengan atau tanpa sayur-sayuran. Nasi ayam adalah hidangan yang sihat dan menyelerakan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari.

Ayam
Ingredients
Bahan-bahan
2.5 liter Air
1 ekor Ayam
4 biji Bawang merah, dikisar
4 ulas Bawang putih, dikisar
1 inci Halia, dikisar
2 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar Kicap manis
3 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam
Secukunya Minyak masak
Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan air, celurkan ayam ke dalam air rebusan sehingga kulit kelihatan masak. Keluarkan dari air mendidih.
  2. Satukan bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam. Sapukan pada ayam. Perapkan selama 2 jam.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga masak dengan api sederhana.
Nasi
Ingredients
Bahan-bahan
500 g Beras
2 sudu besar Mentega
5 ulas Bawang putih, dicincang
1 inci Halia, dihiris
1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
2 biji Buah pelaga
2 helai Daun pandan
600 ml Air rebusan ayam
1 ½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
Method
Cara Menyediakan
  1. Rendamkan beras selama 20 minit dan toskan selama 20 minit.
  2. Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Tuangkan air rebusan ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
Kicap
Ingredients
Bahan-bahan
1 sudu besar Minyak masak
1 ulas Bawang putih, dicincang
150 ml Air rebusan ayam
2 sudu besar Kicap manis
½ sudu besar Sos tiram
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam, kicap manis dan sos tiram. Didihkan.
Sos cili
Ingredients
Bahan-bahan
7 biji Cili merah
3 ulas Bawang putih
½ inci Halia
150 ml Air
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
1 sudu kecil Cuka
½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula
Method
Cara Menyediakan
  1. Kisarkan cili merah, bawang halia dan bawang putih. Tuangkan bahan kisar kedalam periuk dan masukkan sos cili, sos tomato dan cuka. Biarkan mendidih.
  2. Perasakan dengan garam dan gula.
Sup
Ingredients
Bahan-bahan
1 liter Air rebusan ayam
1 bunjut Rempah sup
2 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
1 tangkai Daun sup
Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan air rebusan ayam. Masukkan bunjut rempah sup.
  2. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
  3. Masukkan daun sup. Sedia untuk dihidang.
Bahan Iringan
Ingredients
Bahan-bahan
½ biji Timun, dihiris
2 biji Tomato, dihiris
5 helai Daun Salad
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg