Resepi Peria Goreng Telur


5 orang


Peria Goreng Telur adalah hidangan sihat yang penuh dengan nutrien. Di sini adalah Resepi Peria Goreng Telur yang ringkas & mudah disediakan.

3 sudu besar | Minyak masak |
3 biji | Bawang merah, dihiris |
2 ulas | Bawang putih, dihiris |
1 sudu besar | Pes cili |
¼ sudu kecil | Serbuk kunyit |
2 biji | Telur |
400 g | Peria, dibuang tengah dan dihiris |
1 sudu besar | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |

- Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan pes cili sehingga wangi.
- Masukkan peria, kacau goreng sehingga separuh masak.
- Masukkan serbuk kunyit, kacau seketika.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™.
- Masukkan telur dan kacau goreng sehingga masak.
- Sedia untuk dihidang.

Rendamkan peria dengan air garam selama 15 minit selepas dipotong dan bilas untuk mengurangkan rasa pahit.


