Resepi Sayur Campur Sambal


5 orang


Mari cuba Resepi Sayur Campur Sambal yang sedap dan mudah dengan menggunakan Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu. Sesuai untuk hidangan makan malam

Bahan-bahan A: dikisar
4 biji | Bawang Merah |
3 ulas | Bawang Putih |
6 tangkai | Cili Kering, direbus |
½ cawan | Air |
Bahan-bahan B:
4 sudu besar | Minyak masak |
1 biji | Terung, dipotong |
100g | Kacang panjang, dipotong |
2 batang | Kacang botor, dihiris |
½ cawan | Petai, di belah dua |
1 batang | Cili Merah, dihiris |
1 biji | Bawang Besar, dihiris |
1 sudu besar | Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu |

- Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™, kacau rata.
- Masukkan terung dan kacang panjang, kacau rata sehingga separuh masak.
- Masukkan kacang botor dan petai. Kacau rata sebentar.
- Masukkan cili merah dan bawang besar, kacau sehingga sedikit layu.
- Sedia untuk dihidang.


