Resepi Sawi Pak Choy Bersama Ikan Bilis

Sawi Pak Choy Bersama Ikan Bilis
recipe-cook-time
5 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Teknik mudah dalam menyediakan Resepi Sawi Pak Choy Bersama Ikan Bilis yang menggunakan beberapa bahan asas saja. Hidangan Sawi ini penuh dengan rasa lazat dan mudah disediakan.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

400 g Sawi pak choy
½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu

Bahan-bahan B: sos

3 sudu besar Minyak masak
5 g Ikan bilis
3 ulas Bawang putih, dicincang
1 batang Cili merah, dicincang
½ inch Halia, dicincang
1 cawan Air
½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
1 sudu besar Tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan air, perasakan dengan Rasa Sifu™.
  2. Celurkan sawi pak choy sehingga daunnya bertukar ke warna hijau tua. Tapis dan susun diatas pinggan.
  3. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  4. Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih, cili merah dan halia sehingga wangi.
  5. Masukkan air dan perasakan dengan Rasa Sifu™, biarkan ia mendidih.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  7. Tuangkan sos ke atas sayur sawi pak choy.
  8. Taburkan ikan bilis goreng dan sedia untuk dihidang.
Method
Tips

Celupkan sawi pak choy ke dalam air berisi ais selepas mencelur untuk menghentikan proses memasak dan mendapatkan sayur yang rangup.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Rasa Sifu® Recipes
Rasa Sifu® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg