Sayur Pak Choy Goreng Ikan Bilis

35 minit

5 Hidangan

Sayur Pak Choy Goreng Udang Kering dan Ikan Bilis adalah hidangan sayur goreng yang lazat dan popular di Asia Tenggara. Sayur yang memberikan kesegaran kepada masakan manakala udang kering serta ikan bilis menambahkan rasa umami.
Resepi Sayur Pak Choy Goreng ini merupakan cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan hidangan sedap. Ia juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin dan mineral, menjadikannya pilihan yang sihat.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
32.0 kcal

Carbohydrate
2.0 g

Protein
1.0 g

Fat
2.0 g

Sodium
186.0 mg

Bahan-bahan:
2 sudu kecil | Minyak masak |
200 g | Pak Choy asingkan daun dan batangnya |
3 hiris | Lobak merah, potong kecil |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
¾ sudu kecil | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
Secukupnya | Air |
1 sudu kecil | Tepung jagung dicampur dengan sedikit air |
Bahan-bahan A:
1-2 biji | Bawang putih, dicincang |
½ sudu besar | Ikan bilis, basuh dan keringkan |
½ sudu besar | Udang kering, ditumbuk |

- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan (A). Ketepikan separuh tumisan untuk digunakan kemudian.
- Masukkan batang sayur dan lobak merah ke dalam kuali, kacau rata.
- Masukkan AJI-NO-MOTO®, Perencah Pati Ayam TUMIX® dan air.
- Apabila batang sudah lembut, masukkan daun dan separuh lagi bahan tumisan (A).
- Kacau sehingga masak dan masukkan campuran tepung jagung.
- Tutup api dan dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 14% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.




