Stew ‘Irish’

Stew ‘Irish’
1 jam 30 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Irish Stew adalah hidangan tradisional yang berasal daripada Ireland. Hidangan ini dimasak menggunakan kambing yang direneh bersama sayur-sayuran dan barli sehingga lembut. Resipi Irish Stew yang mudah ini sedap dimakan bersama nasi atau roti.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
312 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
20.3 g
Protein
Protein
22.6 g
Fat
Fat
15.7 g
Sodium
Sodium
448.8 mg
Ingredients
Bahan-bahan
1 cawan Minyak masak
500 g Kambing, dipotong kuib 3 cm
100 g Bawang besar, dicincang kasar
1 batang Lobak merah, dipotong kuib
1/2 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam dicampur dengan 1L air
50 g Barli
200 g Kentang, dipotong baji
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO® Perencah Umami
1/4 sudu kecil Garam
1/4 sudu kecil Lada hitam kisar
Sedikit Daun ketumbar, dicincang
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis kambing sehingga keperangan.
  2. Masukkan bawang merah, lobak merah dan stok TUMIX®.
  3. Masukkan barli dan kentang, biarkan sehingga barli masak dan isi kambing lembut. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan lada hitam kisar. Kacau rata.
  5. Dihias dengan daun ketumbar. Boleh juga dihidang dengan roti rangup.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 13% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg