Sup Berlauk Premium (Mini Monk Jumps over the Wall)

Sup Berlauk Premium (Mini Monk Jumps over the Wall)
Description
Keterangan Resipi

Hidangan terkenal kaum Cina yang lazat dan eksklusif yang dimasak menggunakan ramuan yang premium. Dengan menambahkan Pati Ayam TUMIX®, ia dapat memberikan Oomph! yang lebih kepada hidangan ini

Ingredients
Bahan-bahan
1 liter Air panas
1 ekor Ayam dara
80-100 g Kepingan abalone, (direndam dalam air panas sekurang-kurangnya 2 jam)
2 biji Kekapis kering
100g Sirip ikan yu vegetarian
1 ekor Timun laut, dipotong tebal
1 keping Perut ikan ('Fish Maw')

Bahan-bahan A: herba Cina

20g Akar ginseng
10g Pak kei (Akar Astragalus)
10g Tong chung chor (cordyseps)
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
Method
Cara Menyediakan
  1. Potong perut ikan kepada 2 sm, rendam dalam air hingga lembut dan tekan untuk singkirkan air. Ketepikan.
  2. Bersihkan ayam dan keluarkan tulang belakangnya. Celur ayam di dalam air didih selama 10 minit. Toskan dan bilas dengan air sekali lagi.
  3. Letak ayam, abalone, kekapis serta bahan-bahan (A) di dalam kaserol, masak secara double boil atau masak dalam slow cooker sekurang-kurangnya 3 jam.
  4. 1 jam sebelum hidang, tambah sirip ikan yu vegetarian, timun laut dan perut ikan.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg