Aloo Gobi (Kari Kubis Bunga dan Kentang)

Aloo Gobi (Kari Kubis Bunga dan Kentang)
40 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Aloo Gobi ialah hidangan vegetarian dari benua kecil India yang diperbuat daripada kentang, kubis bunga dan rempah ratus. Hidangan vegetarian yang popular dalam masakan India. Enak dinikmati bersama roti atau nasi.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
142.6 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
17.3 g
Protein
Protein
3.5 g
Fat
Fat
6.9 g
Sodium
Sodium
348.6 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A: 

200g Kubis bunga (Gobi), dipotong bunga
200g Kentang (Aloo), dikupas dan dipotong kiub

 

Bahan-bahan B: 

3 sudu besar Minyak masak
2 sudu kecil Jintan putih
2 tangkai Daun kari
2 biji Bawang besar, dipotong dadu
3 sudu kecil Halia kisar
3 sudu kecil Bawang putih kisar
3 biji Cili api (dibelah)
1 ¼ sudu kecil Serbuk kunyit
1 ½ sudu kecil Serbuk cili merah
1 ½ sudu kecil Serbuk ketumbar
1 sudu kecil Serbuk jintan manis
2 biji Tomato, dicincang
10 g Ketumbar segar, dicincang halus
1 1/8 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil Garam

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Rebus kentang sehingga lembut dan celur kubis bunga sehingga empuk. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis jintan putih, daun kari, bawang besar, bawang putih, halia dan cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk rempah kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis.
  4. Tumis dengan api perlahan, hingga rempah naik bau dan masukkan tomato. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  5. Masukkan aloo dan gobi, campurkan perlahan-lahan tanpa menghancurkannya.
  6. Hiaskan dengan ketumbar segar. Sesuai dihidang bersama roti atau nasi.
Method
Tip

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 20% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg