Asam Laksa

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Cadangan hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan: Kuah
3 liter Air
600 g Ikan tongkol
400 g Ikan sardin putih
10 keping Asam keping
7 sudu besar Asam jawa, digaul bersama sedikit air dan ditapis
8 tangkai Daun kesum
2 kuntum Bunga kantan
1 batang Serai, diketuk
4 sudu kecil AJI-SHIO® Lada berperisa
3 sudu kecil Garam
6 sudu kecil Gula
2 sudu besar Petis udang
Bahan-bahan A: dikisar
7 biji Bawang merah
5 ulas Bawang putih
16 tangkai Cili kisar, direbus
1 inci Lengkuas
10 g Belacan
½ cawan Air
Bahan-bahan B: iringan
1 kg Laksa basah, dicelur
½ biji Timun, dihiris panjang
3 biji Bawang merah, dihiris nipis
½ biji Nanas, dipotong dadu
3 tangkai Daun pudina, dipotong kasar
3 biji Telur rebus, dibelah dua
2 tangkai Cili merah, dihiris serong
Sedikit Petis udang (pilihan)
Cara Menyediakan

1. Rebus ikan sardin dan ikan tongkol bersama asam keping sehingga masak.
2. Keluarkan ikan dari air rebusan, asingkan isi ikan dari tulang ikan.
3. Kisarkan tulang ikan dan tapis ke dalam air rebusan.
4. Kisar kasar 2/3 isi ikan dan tuang semula kedalam air rebusan.
5. Racikkan 1/3 isi ikan, dan masukkan ke dalam air rebusan bersama bahan kisar (A), daun kesum, bunga kantan dan serai.
6. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada berperisa, garam, gula dan petis udang. Biarkan mendidih.
7. Untuk menghidang, letakkan sedikit laksa basah, sedikit bahan-bahan iringan dan tuangkan kuah. Sedia dimakan

 

 

 

Kongsi Artikel Ini