Ayam Kung Pao

Resepi Ayam Kung Pao Mudah dan Sedap Masak ala Cina
45 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Ayam Kung Pao adalah hidangan popular di restoran Cina di seluruh dunia. Ia juga hidangan popular untuk dihidangkan dengan nasi di rumah yang pasti akan memuaskan rasa selera anda.

Resepi Ayam Kung Pao ini adalah hidangan Sichuan klasik yang dimasak dengan ayam yang dipotong berbentuk kiub, kacang tanah, sayur-sayuran, dan cili. Sosnya yang seimbang dengan rasa manis, masam, dan pedas.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
184.0 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
52.0 g
Protein
Protein
23.0 g
Fat
Fat
77.0 g
Sodium
Sodium
286.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan
500 g Ayam, dipotong kecil
Secukupnya Minyak Masak
2 tangkai Cili kering, potong panjang 1 inci dan dibuang biji
2-3 ulas Bawang putih, dicincang
½ Bawang besar, potong baji
Sedikit Air
5 tangkai Daun bawang, potong panjang 1 inci

Bahan-bahan A: bahan perap

½ sudu kecil Serbuk lada sulah
1 sudu kecil Minyak bijan
Secubit Garam
1 biji Telur
½ sudu besar Tepung jagung

Bahan-bahan B: bahan perasa

1 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Minyak bijan
1/8 sudu kecil Serbuk lada sulah
1 sudu kecil Sos tiram
¾ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Sos plum
½ sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil Sos tomato
1 sudu kecil Sos LP
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam bersama bahan-bahan (A) selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam di dalam minyak penuh, ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali lain, tumis cili kering dan bawang putih.
  4. Masukkan bawang besar, air dan bahan perasa (B), kacau selalu.
  5. Masukkan ayam dan daun bawang, kacau rata.
  6. Keluarkan dan dihidang panas.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 15% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg