Ayam Makhani
50 minit
6 Hidangan
Keterangan Resipi
Makhani Ayam, sering dikenali sebagai ayam mentega, adalah hidangan kari berempah berasaskan mentega dan tomato yang berasal dari Delhi, India. Tekstur kari seperti mentega licin dengan rasa rempah yang lembut menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai toleransi terhadap kepedasan yang rendah.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
278.7 kcal
Carbohydrate
15.0 g
Protein
23.2 g
Fat
14.0 g
Sodium
471.7 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan A: diperap
600g | Isi ayam, dipotong kiub |
1½ sudu besar | Bawang putih kisar |
1 sudu besar | Halia kisar |
1 sudu kecil | Garam masala |
1 sudu kecil | Serbuk kunyit |
1 sudu kecil | Serbuk jintan putih |
1 sudu kecil | Serbuk ketumbar |
1 sudu kecil | Serbuk cili merah |
Secukupnya | Minyak masak |
Bahan-bahan B: untuk kuah
2 sudu besar | Mentega tanpa garam |
1 biji | Bawang besar, dikisar |
1½ sudu besar | Bawang putih kisar |
1 sudu besar | Halia kisar |
1½ sudu kecil | Serbuk jintan putih |
1 sudu kecil | Garam masala |
1 sudu kecil | Serbuk ketumbar |
400 g | Tomato, dikisar |
1 sudu kecil | Serbuk cili merah |
1 cawan | Krim pekat / Susu sejat |
1/2 sudu besar | Gula |
1/2 sudu kecil | Kasoori methi (daun fenugreek kering) |
1½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO |
3/4 sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan C: untuk hiasan
Sedikit | Hirisan lobak merah |
Sedikit | Daun bawang cincang |
Cara Menyediakan
- Satukan semua bahan-bahan (A), biarkan perap selama 10 minit hingga setengah jam.
- Panaskan sedikit minyak, goreng ayam sehingga perang di setiap sisi. Ketepikan.
- Panaskan mentega tanpa garam di dalam kuali yang sama. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan semua bahan-bahan (B), renehkan dan kacau sekali-sekala sehingga sos menjadi pekat dan menjadi warna merah perang.
- Masukkan ayam goreng ke dalam kuali dan kacau sehingga sos pekat
- Hiaskan dan sedia untuk dihidang.
Tip
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 19% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes