Ayam Masak Bali (Ayam Ala Jawa)

Ayam Masak Bali (Ayam Ala Jawa)
40 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Ayam Masak Bali adalah hidangan yang kaya dengan rasa dan aroma Bali, Indonesia. Ia dibumbui dengan pedas, lazat dan sarat dengan rempah ratus. Hidangan aromatik dan berperisa ini wajib dicuba.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
201.2 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
9.9 g
Protein
Protein
19.2 g
Fat
Fat
23.5 g
Sodium
Sodium
583.1 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

6 ketul Ayam, dipotang kecil
1 sudu kecil Serbuk kunyit
2 sudu besar Minyak masak
8 batang Serai, diketuk
6 tangkai Daun kari
3 sudu besar Pes cili
2 sudu kecil Kicap manis
1 sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil Gula perang
1 cawan Air (jika perlu)
1½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil Garam

 

Bahan-bahan B:

2 inci Halia
2 biji Bawang Holland
6 ulas Bawang putih
5 biji Bawang merah

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit, kemudian goreng sehingga separuh masak, ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis serai dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar bersama pes cili, kacau goreng hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam goreng ke dalam kuali, gaul rata dengan kicap manis, kicap pekat, gula dan air. Biarkan kuah pekat dan ayam masak sepenuhnya.
  5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 13% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg