Ayam Masak Bawang

Onion Chicken
40 minit
recipe-cook-time
1 pinggan Ayam Masak Bawang
Description
Keterangan Resipi

Ayam Masak Bawang adalah hidangan terkenal Malaysia. Hidangan berperisa dan beraroma ini mempamerkan gabungan ringkas namun harmoni dengan ketulan ayam lembut yang dimasak dengan campuran bawang merah, bawang putih dan halia.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
215 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
13.5 g
Protein
Protein
20.1 g
Fat
Fat
9.0 g
Sodium
Sodium
605.9 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

6 ketul Ayam, dipotong kecil
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Secukupnya Minyak masak
2 biji Bawang merah, dipotong cincin
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
1/2 sudu besar Sos tiram
1½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
3/4 sudu kecil Garam

 

Bahan-bahan B: dikisar

2 inci Halia
1 biji Bawang Holland
6 ulas Bawang putih
4 biji Bawang merah
Secukupnya Air (jika perlu)

 

Bahan-bahan C: herba dan aromatik

2 helai Daun pandan
6 tangkai Daun kari
1 batang Batang kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
4 biji Cengkih
4 biji Buah pelaga
1 sudu kecil Serbuk jintan putih
1 sudu kecil Serbuk jintan manis
1 sudu kecil Garam masala
2 sudu besar Serbuk cili
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1½ sudu besar Serbuk kari ayam
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga separuh masak, ketepikan. 
  2. Menggunakan minyak yang sama, goreng bawang merah yang dipotong cincin sehingga perang dan garing, ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, hanya menggunakan 3 sudu besar baki minyak, tumiskan bahan kisar (B) sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan-bahan (C) bersama sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau goreng sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Biarkan kuah memekat dan ayam masak sepenuhnya.
  6. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Hiaskan dengan bawang merah goreng rangup.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 20% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg