Ayam Masak Masam Manis

1 jam 30 minit

5 hidangan

Pelbagai rasa di dalam satu hidangan, memberikan rasa lengkap yang menyelerakan.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
227.8 kcal

Carbohydrate
14.2 g

Protein
21.2 g

Fat
9.6 g

Sodium
299.1 mg

Bahan-bahan:
500 g | Seluruh paha ayam tanpa tulang, potong dadu |
Sedikit | Tepung jagung, untuk salut ayam |
1/2 biji | Bawang besar, potong baji |
1/4 biji | Lada benggala hijau, potong dadu |
1/4 biji | Lada benggala merah, potong dadu |
1/8 biji | Nenas, potong dadu |
1/2 biji | Timun, potong dadu |
1 biji kecil | Tomato, potong dadu |
Bahan-bahan A: perap
1/3 sudu kecil | Serbuk 5-spice |
1/8 sudu kecil | Serbuk lada sulah |
1/2 sudu kecil | Minyak bijan |
1 biji | Telur |
1/8 sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan B: sos
3/4 sudu kecil | Cuka |
1/2 sudu kecil | Gula |
1/2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
4 sudu besar | Sos tomato |
1 sudu besar | Sos plum |
1 sudu besar | Sos cili |
Sedikit | Air |

- Perap ayam dengan semua bahan (A) selama 45 minit.
- Salut ayam yang telah diperap dengan tepung jagung, goreng di dalam minyak penuh. Keluar dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang merah, laga benggala, nenas, timun dan tomato.
- Masukkan kesemua bahan sos (B), biarkan mendidih.
- Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


