Ayam Pandan bersama Kari Hijau

1 jam 30 minit

5 Hidangan

Resepi ayam yang kaya dengan aroma daun pandan yang menyelerakan dan juga enak jika ditumis.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
276.2 kcal

Carbohydrate
5.46 g

Protein
21.48 g

Fat
18.68 g

Sodium
179.86 mg

450 g | Seluruh paha ayam tanpa tulang, dipotong kecil |
100 g | Santan |
1/2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami |
1/2 sudu kecil | Sos ikan |
Secukupnya | Minyak masak, untuk menggoreng |
20-30 helai | Daun pandan |
Bahan-bahan A: pes kari hijau
3 biji | Cili hijau, dibuang biji |
5 biji | Cili padi hijau, dibuang biji |
3 biji | Bawang merah |
3 ulas | Bawang putih |
3 batang | Serai |
2 hiris | Lengkuas |
l sudu kecil | Parutan kulit limau purut |
2 tangkai | Daun ketumbar/akar |
1/2 sudu besar | Serbuk ketumbar |
1/2 sudu besar | Serbuk jintan manis |
1/2 sudu kecil | Serbuk lada sulah |
1/2 sudu kecil | Serbuk kunyit |
2 sudu besar | Minyak masak |

- Satukan semua bahan (A) dan kisar halus.
- Perap ayam bersama bahan kisar (A), santan, AJI-NO-MOTO® dan sos ikan sekurang-kurangnya satu jam.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan balut dengan daun pandan.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Sedia dihidang panas.
Tips: Resipi ini boleh ditumis di dalam kuali. Tidak perlu balut tetapi potong 3-4 keping daun pandan sepanjang 4 cm dan goreng bersama ayam.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 37% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


