Ayam Pandan Goreng Kari Hijau

1 jam 30 minit

5 Hidangan

Ayam Pandan Goreng Kari Hijau adalah hidangan Thai yang menggabungkan rasa daun pandan, ayam, dan kari hijau. Daun pandan memberikan ayam rasa manis dan aroma yang harum, sementara kari hijau menambahkan kuah yang pedas dan berperisa.
Resepi Ayam Pandan ini kaya dengan aroma daun pandan yang menyelerakan dan juga enak jika ditumis. Hidangan ini biasanya disajikan bersama nasi dan sayur-sayuran.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
276.2 kcal

Carbohydrate
5.46 g

Protein
21.48 g

Fat
18.68 g

Sodium
179.86 mg

450 g | Seluruh paha ayam tanpa tulang, dipotong kecil |
100 g | Santan |
1/2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami |
1/2 sudu kecil | Sos ikan |
Secukupnya | Minyak masak, untuk menggoreng |
20-30 helai | Daun pandan |
Bahan-bahan A: pes kari hijau
3 biji | Cili hijau, dibuang biji |
5 biji | Cili padi hijau, dibuang biji |
3 biji | Bawang merah |
3 ulas | Bawang putih |
3 batang | Serai |
2 hiris | Lengkuas |
l sudu kecil | Parutan kulit limau purut |
2 tangkai | Daun ketumbar/akar |
1/2 sudu besar | Serbuk ketumbar |
1/2 sudu besar | Serbuk jintan manis |
1/2 sudu kecil | Serbuk lada sulah |
1/2 sudu kecil | Serbuk kunyit |
2 sudu besar | Minyak masak |

- Satukan semua bahan (A) dan kisar halus.
- Perap ayam bersama bahan kisar (A), santan, AJI-NO-MOTO® dan sos ikan sekurang-kurangnya satu jam.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan balut dengan daun pandan.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Sedia dihidang panas.
Tips: Resipi ini boleh ditumis di dalam kuali. Tidak perlu balut tetapi potong 3-4 keping daun pandan sepanjang 4 cm dan goreng bersama ayam.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 37% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


