Ayam Paprik
30 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Perkataan "Paprik" diambil daripada bahasa Thai di mana "Pad" bermaksud tumis dan "Prik" bermaksud cili. Hidangan ini salah satu makanan ruji kegemaran di dalam masakan Malaysia. Ayam Paprik ini bukan sahaja padat dengan rasa yang lazat tetapi juga tinggi protein.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
241 kcal
Carbohydrate
14.1 g
Protein
17.1 g
Fat
13.0 g
Sodium
465.8 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan:
3 sudu besar | Minyak masak |
1 batang | Serai, diketuk |
2 ulas | Bawang putih, diketuk |
1 cm | Halia, dihiris nipis |
1 sudu besar | Pes cili kisar |
400 g | Isi ayam, dipotong kiub 2cm |
1/2 sudu besar | Kicap manis |
1 sudu besar | Sos cili |
1/2 sudu besar | Sos tiram |
1 helai | Daun limau purut, dihiris nipis |
1/2 cawan | Air |
1 biji | Bawang Holland, hiris tebal |
50 g | Jagung muda, hiris memanjang |
50 g | Kacang panjang, dipotong 3cm |
50 g | Lobak merah, dipotong 3cm |
50 g | Bunga kobis, dipotong bunga |
50 g | Cili merah dan hijau, dihiris nipis |
3 biji | Cili padi, diketuk |
1 1/8 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/2 sudu kecil | Garam |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak masak, tumis serai, bawang putih, halia dan pes cili. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram dan daun limau purut. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan air dan sayur-sayuran. Biarkan mereneh selama 3 – 4 minit.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam, sedia dihidang.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes