Ayam Ungkep (Ayam Berempah Jawa)

Ayam Ungkep (Ayam Berempah Jawa)
40 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Ayam Ungkep, masakan Jawa di mana ayam direbus (ungkep) dengan rempah dan herba beraroma. Hidangan ringkas dan berperisa ini mudah dimasak di rumah, sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
205.8 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
10.3 g
Protein
Protein
19.3 g
Fat
Fat
9.9 g
Sodium
Sodium
451.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

2 sudu besar Minyak masak
1 batang Serai, diketuk
6 ketul Ayam, dipotong kecil
1 cawan Air (tambah lagi jika perlu)
1 1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil Garam

 

Bahan-bahan B: dikisar

2 inci Halia
10 biji Cili padi
5 ulas Bawang putih
10 biji Bawang merah
1 inci Kunyit hidup
1 sudu kecil Biji ketumbar
1 sudu kecil Biji jintan manis
1 sudu kecil Biji jintan putih

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar, kacau goreng sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan air, gaul rata sehingga kuah pekat dan ayam masak. Tambah air jika perlu.
  4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 24% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg