Bebola Yunnan Goreng

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi




Ayam kisar yang diperap dengan TUMIX Ayam dan lada berperisa AJI-SHIO yang dibentukkan menjadi bebola. Bebola ini kemudiannya dilapikan dengan pastri wantan dipotong halus dan digorengkan. Untuk mendapatkan rasa yang lebih sempurna, cecahkan ke dalam sos istimewa yang dibuat daripada Perencah SERI-AJI ayam masak merah dan sos mayonis.

Bahan-bahan:
15 keping | Kulit wantan, dipotong kecil |
Secukup | Minyak masak |
Bahan-bahan: inti
300 g | Ayam cincang |
1 tangkai | Daun ketumbar, dicincang |
1 sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
½ sudu kecil | Gula |
½ sudu kecil | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
1 sudu besar | Tepung kentang |
1 sudu kecil | Minyak bijan |
Bahan-bahan: sos pencicah
1 peket | Perencah Masak Merah SERI-AJI® |
½ cawan | Air |
2 sudu besar | Mayonis |

1.
Inti: Campur semua bahan sehingga elastik.
2.
Ambil 1 sudu besar inti, bentukkan menjadi bulat dan salutkan dengan kulit wantan.
3.
Goreng dalam minyak panas sehingga kuning-keemasan.
4.
Sos pencicah: Campurkan Perencah Masak Merah SERI-AJI® dengan ½ cawan air. Masak atas api kecil hingga wangi. Tutup api dan biarkan sejuk.
5.
Masukkan mayonis dan gaul rata.
6.
Sedia dihidang bersama semua jenis makanan bergoreng.
Disqus comment