Resepi Bihun Vegetarian

Bihun Vegetarian
Description
Keterangan Resipi

Resepi Bihun Vegetarian ini sangat berkhasiat kerana terdapat pelbagai sayur-sayuran, terutamanya tauhu yang dijadikan sumber protein di dalam resepi ini. 

Ingredients
Bahan-bahan
200g Bihun Kering (rendamkan dalam air selama 30 minit)
15g Kulat Hitam (rendamkan dalam air sehingga lembut dan dihiris)
20g Fucuk (dipotong kecil)
20g Cendawan Enoki (rendamkan dalam air sehingga lembut)
6 biji Cendawan Shiitake (dihiris nipis)
2 biji Tauhu (dihiris tebal dan digoreng sedikit)
100g Lobak merah (dihiris halus)
150g Kubis (dihiris halus)
150g Sawi (dipotong 4sm)
4 sudu besar Minyak Masak
150ml Air
1 sudu besar Minyak Bijan
15g Halia (dihiris halus)

Bahan-Bahan A:

2 sudu besar Perencah Nasi Goreng Cina SERI-AJI®
1 sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
2 sudu besar Kicap
¾ sudu teh Garam
½ sudu teh Gula
½ sudu teh Kicap Pekat
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan hirisan halia dan tumiskan sehingga harum.
  2. Tuangkan air dan bahan-bahan A ke dalam kuali dan reneh selama 2 hingga 3 minit.
  3. Masukkan bihun, kulat hitam, lobak merah, kubis, sawi, fucuk, cendawan enoki, cendawan shiitake dan tauhu.
  4. Goreng dan kacau sebati.
  5. Tutup dengan tudung kuali dan masak selama 5 minit.
  6. Tambah sedikit minyak bijan dan kacau sebentar.
Method
Tips
  1. Taburkan sedikit bawang merah goreng atas bihun sebelum dihidangkan.
  2. Nikmatinya dengan Sos Cili Kampung SERI-AJI®.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg