Biskut Ayam TUMIX®

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Biskut Ayam TUMIX®

300 g | Tepung gandum |
80 g | Gula aising |
1 sudu kecil | Serbuk penaik |
100 g | Gula kundur |
½ sudu kecil | Rempah ‘5 spices’ |
1 | Telur (A) |
110 g | Minyak masak |
1 sudu besar | Maltos |
1 sudu kecil | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
1 sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
80 g | Bijan yang telah dibakar |

- Ayak tepung dan gula aising bersama dengan serbuk penaik di dalam mangkuk besar.
- Kisar gula kundur.
- Sebatikan kesemua bahan.
- Bulatkan doh menjadi bebola kecil. Susun di atas alas pembakar. Leperkan doh menjadi kepingan nipis. Bakar pada suhu 160‘C selama 10 – 15 minit atau hingga kuning keemasan. (Berhati-hati agar biskut tidak hangus) alihkan biskut daripada alas pembakar dengan segera dan biarkan sejuk.

- Jangan leperkan doh terus ke atas dulang pembakar.
- Selain daripada alas pembakar, anda juga boleh menggunakan alas silikon dan kertas pembakar.