Burger Dengan Jem Bawang

Burger Dengan Jem Bawang
25 minit
recipe-cook-time
4 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Sudah tentu, anda akan mempunyai sos klasik seperti sos cili dan mayonis tetapi mengapa tidak mencuba sesuatu yang berbeza seperti Jem Bawang? Jem yang manis dan penuh berperisa yang mengandungi bawang lembut, sedikit rasa yang pedas daripada AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa, dan rasa yang kaya dengan kemanisan bawang dan rasa cuka. 

Ingredients
Bahan-bahan
Secukupnya Minyak masak
4 keping Burger ayam/burger daging lembu
24 taburan AJI-SHIO® Lada Berperisa
40 g Marjerin
4 biji Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin
Secukupnya Mayonis
4 helai Daun selada (atau kubis dihiris nipis – pilihan)
8 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa


Bahan-bahan: Jem Bawang

2 sudu besar Minyak masak
4 sudu besar Gula
600 g Bawang kuning, dicincang
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
4 sudu besar Cuka
Method
Cara Menyediakan

Cara menyediakan: Jem Bawang

  1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng. Masukkan gula dan gaul berterusan sehingga bertukar warna sedikit keperangan.
  2. Masukkan bawang kuning dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan kacau kerap menggunakan api sederhana sehingga bawang kuning menjadi keperangan. 
  3. Masukkan cuka dan biarkan mereneh sehingga mencapai konsistensi jem.
  4. Biarkan sejuk sebelum dihidang.

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak. Ketepikan.
  2. Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
  3. Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam/daging, 1 sudu besar jem bawang kemudian paipkan mayonis dan 1 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Letakkan roti burger bahagian atas. Ulangi untuk kesemua burger. 
Method
Tips

Simpan jem bawang dalam bekas plastik dan simpan di dalam peti sejuk. Jem bawang boleh bertahan sehingga dua minggu jika disimpan dengan betul. 

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg