Capati bersama Kubis Kelapa Goreng

Capati bersama Kubis Kelapa Goreng
50 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Capati adalah roti nipis tidak beragi yang berasal dari India. Ia diperbuat daripada tepung gandum istimewa yang dikenali sebagai tepung atta. Hidangan ringkas ini sesuai dihidangkan bersama Kobis Goreng Kelapa yang lazat dan berkhasiat. Capati juga mesra vegetarian, anda hanya perlu menukar bahan dari minyak sapi kepada minyak kelapa.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
286.8 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
45.2 g
Protein
Protein
8.2 g
Fat
Fat
8.4 g
Sodium
Sodium
477.7 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: Capati

140 g Tepung atta
140 g Tepung gandum
1/2 sudu kecil Garam
180 ml Air suam
2 sudu kecil Minyak zaitun

Bahan-bahan: Kubis Kepala Goreng

1 sudu besar Minyak sapi
2 tangkai Daun kari
1/2 sudu kecil Jintan manis
1 tangkai                                  Cili kering, dipotong kecil
1 sudu kecil Halia dicincang
1 sudu besar                         Bawang besar, dicincang
1 biji Cili hijau, dicincang
300 g Kubis, dicincang
1/2 sudu kecil SERI-AJI® Rempah Gorengan
1/4 cawan Parut kelapa
1/4 sudu besar AJI-NO-MOTO®
1/3 sudu kecil Garam
Method
Cara Menyediakan

Cara menyediakan: Capati

  1. Campurgaulkan semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Rehatkan doh selama 15-20 minit. Bahagikan kepada 10 bahagian.
  3. Buat bentuk bebola dan gelek menjadi nipis. Jangan terlalu nipis.
  4. Masak di atas kuali sehingga muncul bintik- bintik keperangan di kedua-dua bahagian.

Cara menyediakan: Kubis Kelapa Goreng

  1. Panaskan minyak sapi, tumis daun kari, jintan manis dan cili kering.
  2. Masukkan halia, bawang merah dan cili hijau. Kacau rata.
  3. Masukkan kubis dan SERI-AJI®, biarkan masak bertutup selama beberapa minit.
  4. Campurgaul bersama kepala parut dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 27% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
Seri-Aji® Multipurpose Seasoning Recipes
Seri-Aji® Multipurpose Seasoning Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg