Cendawan Mentega

Cendawan Mentega
Description
Keterangan Resipi

Resepi yang lazat dan mudah untuk dicuba. Wangian tumisan daripada daun kari pasti membangkitkan selera anda. Anda pasti tidak jemu dengan hidangan Cendawan Mentega ini.

Ingredients
Bahan-bahan
150 g Cendawan Eryngii
4 biji Kuning telur, dipukul ringan
3 biji Cili padi, dicincang
3 keping Cili kering, dipotong seksyen
3 tangkai Daun kari
100 g Mentega (pada suhu bilik)
Secukup Minyak masak

Bahan-bahan A: tepung goreng

150 g Tepung gandum
20 g Tepung kentang
30 g Tepung beras
15 g Tepung penaik
¼ sudu teh Soda bikarbonat
½ sudu teh Garam
½ sudu teh Perencah Rempah Gorengan Serbaguna SERI-AJI®
1 sudu teh Minyak masak
Secukup Air, untuk menyediakan campuran tepung goreng likat

Bahan-bahan B: perencah

½ sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu besar Gula
¼ sudu teh Garam
¼ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
Method
Cara Menyediakan
  1. Hiris tebal cendawan Eryngii.
  2. Gaul sebati tepung goreng (A) dalam mangkuk dan ketepikan selama 10 minit.
  3. Panaskan secukup minyak di dalam kuali. Kotkan hirisan cendawan dengan tepung goreng (A) dan goreng-celup hingga keemasan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  4. Di atas api sederhana, cairkan mentega di dalam kuali yang bersih. Tuangkan kuning telur secara perlahan-lahan ke dalam kuali. Sementara kuning telur dituang, kacau pantas sehingga berbiuh. Tuangkan campuran ini ke dalam penapis logam dan tapis keluar minyak.
  5. Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam kuali bersih yang berasingan. Goreng cili padi, cili kering dan daun kari hingga beraroma.
  6. Bubuh perencah (B) dan kembalikan cendawan rangup dan telur. Pada suhu tinggi, lambung pantas campuran dalam kuali sampai sekata.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
Seri-Aji® Multipurpose Seasoning Recipes
Seri-Aji® Multipurpose Seasoning Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg