Crepe Durian

Crepe Durian
Description
Keterangan Resipi

Bagi penggemar buah Durian, anda harus mencuba resepi Durian Crepe ini. Tidak perlu membeli di gerai lagi kerana anda sudah boleh membuatnya sendiri dirumah dan sangat sedap dimakan ketika sejuk.

Ingredients
Bahan-bahan
1- 2 sudu besar Minyak masak

Bahan-bahan A: adunan

250 g Tepung gandum
3 Telur
200 ml Santan
500 ml Air
½ sudu kecil Garam
Beberapa titis Pewarna kuning

Bahan-bahan B: inti

200 ml Krim putar rendah lemak bukan tenusu
5-6 peket Pemanis Pal Sweet®
200-250g Isi durian
Method
Cara Menyediakan
  1. Untuk adunan, satukan ke semua bahan (A), kacau sebati dan tapis adunan ke dalam mangkuk.
  2. Sapukan sedikit minyak pada kuali anti-lekat.
  3. Sendukkan sedikit adunan ke dalam kuali untuk membuat crepe.
  4. Setelah masak, angkat dan biar sejuk.
  5. Untuk inti, campur-gaul krim putar dan Pemanis Pal Sweet®.
  6. Pukul sehingga kental. Letakkan 1 sudu besar krim di atas crepe.
  7. Letakkan isi durian.
  8. Lipat seperti bentuk bantal, sejukkan sebelum hidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg