Sayur Asam Sunda

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
1500 ml Air
3 cm Lengkuas, dihancurkan
2 helai Daun salam segar
1 tongkol Jagung, dipotong kecil
4 sudu besar Kacang, direndam untuk 2 jam
3 urat Kacang panjang, dipotong 3cm
1 Labu siam, dikupas dan dipotong dadu
1 cawan Daun cekur manis
2 sudu besar TUMIX® Pati Ikan Bilis
2 sudu besar Pes asam jawa
1 paket Pal Sweet® Pemanis Rendah Kalori
Bahan-bahan A: dikisar halus
2 cm Belacan, dibakar
6 Bawang merah
3 keping Halia
3 Cili merah
Cara Menyediakan

1. Dalam periuk, masukkan air, lengkuas, daun salam, jagung, kacang dan bahan-bahan A, biarkan ia mendidih
2. Apabila mendidih, perlahankan api dan masak sehingga kacang menjadi lembut
3. Masukkan kacang panjang, labu siam dan daun cekur manis.
4. Masukkan TUMIX® Pati Ikan Bilis dan pes asam jawa
5. Apabila sayur menjadi lembut, tutup api dan tambahkan Pal Sweet® Pemanis Rendah Kalori
6. Sedia untuk dihidangkan

Kongsi Artikel Ini