Daging Dendeng Berlado

Spicy Peppery Beef Jerky
1 jam
recipe-cook-time
5 Hidangan, 1 mangkuk Daging Dendeng Berlado
Description
Keterangan Resipi

Daging Dendeng Berlado merupakan antara hidangan yang mudah dan enak yang anda boleh sediakan di rumah. Daging yang lembut, menggabungkan rasa yang hebat dengan kepedasan dan umami yang membangkitkan selera anda. Hidangan bernutrisi lengkap dan penuh dengan rasa rempah.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
238.4 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
10.0 g
Protein
Protein
29.4 g
Fat
Fat
9.1 g
Sodium
Sodium
637.7 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

600g Daging lembu
3 cup Air
1/2 tsp Serbuk ketumbar
1/2 tsp Serbuk jintan manis
1/2 tsp Serbuk jintan putih
1/2 tsp Serbuk kunyit
Enough Minyak masak, untuk menggoreng
1 pc Serai, diketuk
1/2 tbsp AJI-NO-MOTO
1/4 tbsp Garam

Bahan-bahan B: dikisar

2 ulas Bawang putih
3 biji Bawang merah
7 biji Cili merah
3 biji Cili api
3 biji (200 g) Tomato, dipotong kecil
1 tsp Serbuk lada hitam

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Rebus daging sehingga lembut bersama 3 cawan air, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit. Tambah air jika perlu.
  2. Tapis dan biarkan sejuk sebelum dihiris nipis dan ditumbuk menggunakan lesung untuk mendapatkan ketebalan daging yang dikehendaki.
  3. Panaskan minyak, goreng daging yang ditumbuk hingga kekuningan dan agak garing. Toskan daging dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, gunakan minyak yang sama untuk tumis serai dan semua bahan kisar (B).
  5. Masak sehingga naik bau, masukkan sedikit stok daging jika terlalu kering.
  6. Masukkan daging sehingga bersalut sebati. Perasakan secukup rasa dan sedia dihidang.
Method
Tip

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 25% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg