Daging Masak Hitam Utara



Daging Masak Hitam Utara adalah hidangan Melayu yang popular dari negeri-negeri utara Malaysia. Hidangan ini manis dan masin, dihasilkan daripada daging lembu yang dimasak dalam sos pekat yang diperbuat daripada sos tiram, kicap manis, dan pes cili.
Resepi Daging Masak Hitam Utara ini biasa disajikan di musim perayaan dan majlis sambutan. Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah tetapi hasilnya sangat memuaskan. Ia adalah teman yang sempurna untuk nasi tomato, nasi biryani atau nasi putih.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan






Bahan-bahan A:
320 g | Daging lembu potong 2cm |
3 sudu besar | Minyak masak |
1 batang | Serai diketuk |
1 helai | Daun pandan |
1 batang | Kulit kayu manis |
5 biji | Buah pelaga |
2 biji | Bunga lawang |
5 biji | Cengkih |
2 sudu besar | Pes cili kisar |
1 biji | Tomato dihiris nipis |
2 sudu besar | Kicap manis |
3/4 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/3 sudu kecil | Garam |
Bahan- bahan B: perapan
1 sudu kecil | Sos tiram |
1 sudu kecil | Kicap manis |
1 sudu kecil | Serbuk jintan manis |
1 sudu kecil | Serbuk ketumbar |
1 sudu kecil | Serbuk jintan putih |
Bahan-bahan C: kisar halus
3 ulas | Bawang putih |
4 biji | Bawang merah |
1 cm | Halia |

- Perap daging lembu dengan bahan-bahan (B) dan (C) sekurang-kurangnya 30 minit.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan pes cili kisar, kacau hingga kering.
- Masukkan hirisan tomato, kacau hingga lembut.
- Masukkan daging lembu yang telah diperap bersama baki perapan dan teruskan masak sehingga daging empuk.
- Sedia untuk dihidang.
Tips: Boleh tambah air jika suka berkuah.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 27% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


