Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap
1 jam
recipe-cook-time
1 pinggan Daging Masak Kicap
Description
Keterangan Resipi

Daging Masak Kicap menampilkan daging lembu dengan kuah berasaskan kicap yang kaya dan beraroma. Daging yang lembut digandingkan dengan kuah kicap yang enak dan sedikit manis. Hidangan yang menenangkan dan berperisa yang disediakan oleh isi rumah Malaysia. Paling enak dihidangkan bersama nasi kukus.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
188.6 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
12.7 g
Protein
Protein
24.4 g
Fat
Fat
4.5 g
Sodium
Sodium
868.1 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

500 g Daging lembu, dihiris
Secukupnya Minyak masak
1 batang Serai, diketuk
1 batang Kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
2 biji Bunga lawang
1 biji Kentang, dikupas, dihiris dan digoreng
1 sudu besar Jus asam jawa
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Kicap pekat
7 biji Cili padi, diketuk
1 biji Bawang Holland, dipotong cincin
1¾ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
3/4 sudu kecil Garam

 

Bahan-bahan B: perapan

2 sudu kecil Serbuk ketumbar
1 sudu besar Sos tiram
2 sudu kecil Kicap manis

 

Bahan-bahan C: dikisar

2 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 inci Halia
1 sudu besar Pes cili kisar
Sedikit Air (jika perlu)
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap daging dengan bahan-bahan (B) selama 30 minit atau lebih. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis semua bahan (C) bersama serai, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan daging lembu yang telah diperap ke dalam kuali. Biarkan masak sehingga empuk, tambah air jika perlu.
  4. Masukkan kentang goreng, air asam jawa, sos tiram, kicap gelap, cili api dan hirisan bawang besar. 
  5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Petua:

Untuk memastikan daging lembut, daging boleh direbus terlebih dahulu. Kemudian diperap (kerana bahagian daging yang berlainan mempunyai tahap keliatan yang berbeza).

Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 13% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg