Daging Masak Merah

50 minit

5 Hidangan

Daging masak merah merupakan resipi yang tidak asing lagi di gerai masakan Siam. Daging yang lembut dan garing disalut dengan sos masam, manis dan pedas, membangkitkan selera mereka yang merasa.
Resepi Daging Masak Merah ini adalah hidangan daging yang digoreng dengan sos merah yang kaya dengan rasa. Kunci kepada masakan ini adalah sos merah, yang biasanya diperbuat daripada campuran cili, tomato, dan bawang.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
174.8 kcal

Carbohydrate
6.3 g

Protein
23.5 g

Fat
6.2 g

Sodium
719.2 mg

Bahan-bahan:
500 g | Daging lembu |
Secukupnya | Air |
Sedikit | Pewarna merah |
3 ulas | Bawang putih, dicincang kasar |
1 sudu besar | Cili kisar |
3 sudu besar | Sos cili |
3 sudu besar | Sos tomato |
1 sudu besar | Sos tiram |
1/2 batang | Lobak merah, dihiris nipis |
3 biji | Cili padi, dibelah dua |
3-4 helai | Daun limau purut |
1 biji | Tomato, dibelah enam |
1/2 biji | Bawang holland, dihiris membulat |
Secukupnya | Minyak |
1 ¾ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
3/4 sudu kecil | Garam |

- Rebus daging di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut.
- Setelah lembut, sejukkan dan hiris nipis daging. Simpan air rebusan daging.
- Panaskan minyak, goreng hirisan daging sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih, cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, lobak merah, cili padi, daun limau purut dan 1/2 cawan air rebusan daging, masak sehingga kuah memekat.
- Masukkan daging goreng, tomato dan hirisan bawang holland. Kacau dan sedia untuk dihidang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


