Daging Palembang

1 jam

5 Hidangan

Daging Palembang ini merupakan resipi yang mudah untuk disediakan dan berasal daripada Indonesia. Daging Palembang mempunyai rasa umami dan pedas yang sangat sedap dan amat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Daging Masak Palembang disediakan dengan merebus daging hingga empuk bersama kicap manis, dan rempah ratus terpilih. Daging Palembang ini juga sesuai dimakan bersama roti canai, roti putih, Nasi Minyak mahupun Nasi Beriyani.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
292.8 kcal

Carbohydrate
4.78 g

Protein
24.26 g

Fat
19.68 g

Sodium
393.84 mg

3 sudu besar | Minyak masak |
3 biji | Bawang merah, dicincang |
3 biji | Bawang putih, dicincang |
1 inci | Halia, dicincang |
1-2 sudu besar | Pes cili |
1 batang | Serai, diketuk |
500 g | Daging lembu, dihiris nipis |
2-3 cawan | Air, ditambah jika perlu |
¾ sudu besar | Kicap pekat |
200 ml | Santan |
1 tbsp | Kerisik |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Garam |

- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, pes cili dan serai sehingga wangi.
- Masukkan daging, kacau sehingga bertukar warna.
- Masukkan air, biar sehingga mendidih. Tutup dan reneh dengan api kecil.
- Apabila daging lembut, masukkan kicap pekat, santan, kerisik, AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Masak sehingga kuah pekat. Sedia dihidang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 20% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


