Drumstick Ayam dengan Rentetan Kasih

Drumstick Ayam dengan Rentetan Kasih
Description
Keterangan Resipi

Drumstick Ayam dengan Rentetan Kasih

Ingredients
Bahan-bahan
4 ketul Drumstick ayam
2 sudu besar Minyak zaitun
2 helai Daun salam
50 g Bawang besar, dicincang
1 sudu besar Saderi, dipotong dadu
50 g Lobak merah, dipotong dadu
150 ml Air
200 g Tomato, dipotong halus
½ cawan Puri tomato
1½ sudu besar Oregano kering
200 g Spageti angel hair

Bahan-bahan perap A:

½ sudu teh Garam
1 sudu teh Sos tiram
1 sudu besar Jus halia
1 sudu teh Jus lemon
¼ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®

Bahan-bahan B: perencah

3/4 sudu teh Gula atau hingga cukup rasa
Serenjis Garam
2 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®

Bahan-bahan C: hiasan

1 tangkai Daun ketumbar
5 biji Tomato ceri, dipotong setengah
4 biji Buah zaitun hitam, dihiris
Sedikit Kentang goreng (secara pilihan)
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap drumstick ayam dengan bahan-bahan perap (A) selama 30 minit. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun dalam kuali tidak lekat. Goreng-tohor drumstick di atas api sederhana sehingga kedua-dua belahnya menjadi perang-keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah 1 sudu besar minyak zaitun ke dalam kuali leper tadi dan tumis daun salam, bawang besar, saderi dan lobak merah hingga naik bau.
  3. Tambah masuk ayam dan air. Didihkan.
  4. Perlahankan api dan gaul masuk tomato, puri tomato, perencah (B) dan oregano kering. Reneh hingga daging empuk.
  5. Masak spageti angel hair dalam air didih.  Bubuh serenjis garam dan beberapa titis minyak zaitun. Masak al dente (kenyal apabila dimakan). Angkat dan tambah mentega. Gaul sebati.
  6. Hias dengan bahan-bahan (C). Hidang spageti dengan drumstick dan kuah.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg