Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Ikan Dori bersama Sos Masam Manis

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO®
To watch the cooking video, please click
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Jika anda inginkan kelainan di dalam masakan anda, boleh cuba resepi Ikan Dori Bersama Sos Masam Manis yang mudah ini. Gabungan rasanya yang menarik pasti tertarik.

Cadangan hidangan

Cadangan Hidangan: 4 – 5 orang

Untuk menonton video memasak, sila klik sini

Bahan-bahan
Bahan-bahan A: Sos Masam Manis
2 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Cuka
5 sudu besar Jus nanas
Bahan-bahan B: di potong dadu (Sos Masam Manis)
1 biji Tomato, buang bijinya
2 biji Cili merah, buang bijinya
1 biji Bawang besar
150 g Timun
100 g Nanas

Cara menyediakan (Sos Masam Manis):

  1. Campurgaulkan ke semua bahan-bahan (A) dan (B), masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  2. Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan:
500 g Ikan dori, dipotong kecil
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Garam
½ sudu kecil Serbuk lada putih
Secukupnya Minyak masak
Bahan-bahan A: gaul rata
1 sudu besar Tepung beras
1 sudu besar Tepung ubi kayu
1 sudu besar Tepung jagung
1 sudu kecil Serbuk penaik
Cara Menyediakan
1. Perapkan ikan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan serbuk lada putih selama 10 minit.
2. Salutkan ikan yang diperap dengan bahan-bahan (A).
3. Goreng ikan sehingga garing, sedia dihidangkan.
4. Tip: Perapkan ikan dori dengan jus limau boleh menghilangkan bau hanyir ikan.
Kembali ke Senarai Resipi
Ajinomoto Product