Ikan Kukus Bersama Cendawan Enoki

Ikan Kukus Bersama Cendawan Enoki
45 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Resipi Ikan Kukus menjadi lebih sedap jika ditambah dengan Cendawan Enoki yang memberikan rasa Umami. Sesuai untuk dihidangkan kepada semua golongan tertutamanya golongan warga emas mahupun kanak-kanak. Resipi ini juga lebih rendah penggunaan garam tetapi masih sedap dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
209.2 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
5.0 g
Protein
Protein
21.0 g
Fat
Fat
11.9 g
Sodium
Sodium
420.3 mg
Ingredients
Bahan-bahan
500 g             Filet ikan, dihiris
1 paket Cendawan enoki segar
2 sudu besar Minyak bawang putih
1 sudu kecil           Minyak bijan
3 sudu besar Halia, dihiris memanjang dan digoreng garing
1 tangkai Daun sup, dihiris
1 tangkai Daun bawang, dihiris
1 biji Cili merah, dihiris

Bahan-bahan A: perap

1 biji Putih telur
1 sudu kecil Tepung ubi kayu
1 sudu kecil Minyak bijan

Bahan-bahan B: kuah

1 1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil Garam
1/4 sudu kecil Serbuk lada hitam
100 ml Air
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ikan bersama bahan perapan (A) selama 10-15 minit.
  2. Susun cendawan di dalam pinggan tahan panas dan susun ikan diatasnya. Kukus selama 5 – 10 minit.
  3. Panaskan minyak bawang putih dan minyak bijan, masukkan bahan-bahan kuah (B), biar didih dan tuang ke atas ikan kukus.
  4.  Taburkan halia goreng, daun sup, daun bawang dan cili merah. Dihidang panas.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 24% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg