Ikan Siakap Stim Ala Thai


6 orang


Jika anda ingin menikmati makan malam makanan laut yang lazat dan sihat, boleh cuba resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai ini. Ikan Siakap yang dikukus bersama dengan serai, daun limau purut, halia, dan sos campuran memberikan rasa wangi yang luar biasa.
Resepi Ikan Siakap ini senang disediakan dan menarik untuk dihidangkan. kan siakap masak stim ini adalah hidangan yang sihat dan boleh disediakan dalam masa yang cepat.

1 ekor | Ikan siakap |
2 batang | Serai, dititik |
2 helai | Daun limau purut |
2 inci | Halia, dihiris |
5 g | Daun ketumbar |
1 biji | Limau nipis, dihiris |
Bahan-bahan A: Sos
10 ulas | Bawang putih, dicincang |
5 biji | Cili padi, dihiris |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ cawan | Jus limau nipis |
1 ½ sudu besar | Sos ikan |
2 sudu kecil | Gula |
½ sudu kecil | Garam |

- Satukan kesemua bahan sos (A) bersama AJI-NO-MOTO®.
- Sediakan ikan. Letakkan serai dan daun limau purut di bawah ikan.
- Letakkan hirisan halia di atas ikan dan tuangkan campuran sos (A) ke atas ikan dan kukus selama 15-20 minit.
- Keluarkan dan hiaskan dengan limau nipis dan daun ketumbar.
- Sedia untuk dihidang.


