Kacang Bendi Goreng

Kacang Bendi Goreng
20 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Kacang Bendi Goreng adalah hidangan sampingan yang ringkas dan mudah untuk dimasak. Hidangan yang menyihatkan dan berkhasiat ini diimbangi dengan rasa dan aroma yang enak.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
140.8 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
7.0 g
Protein
Protein
4.9 g
Fat
Fat
10.4 g
Sodium
Sodium
425.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan
4 sudu besar Minyak masak
1 biji Tauhu keras, dipotong kecil
1/3 batang Lobak merah, potong memanjang
1/4 cawan Air
15 batang Kacang bendi, potong menyerong
1 biji Telur
1 ½ sudu kecil  AJI-NO-MOTO®
3/4 sudu kecil  Garam

Bahan-bahan A: dihiris nipis

2 biji Bawang merah
5 ulas  Bawang putih
2 batang Cili merah

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, goreng tauhu keras hingga garing, toskan dan ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan (A) sehingga naik bau menggunakan minyak masak yang sama.
  3. Masukkan lobak merah dan air, kacau rata.
  4. Masukkan bendi dan telur, digaul rata.
  5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  6. Sedia untuk dihidang bersama taburan tauhu goreng.
Method
Tip

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 21% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg