Kacang Panjang Goreng Telur

20 minit

5 Hidangan

Kacang Panjang Goreng Telur adalah satu hidangan yang popular dalam masakan Cina dan sering dijumpai di restoran-restoran di Malaysia. Hidangan ini terdiri daripada telur yang digoreng bersama-sama dengan kacang panjang yang telah dipotong kecil-kecil.
Kacang Panjang Goreng Telur sering dihidangkan sebagai hidangan sampingan untuk nasi putih. Hidangan ini merupakan pilihan yang baik bagi sesiapa yang ingin mencuba hidangan yang mudah, sihat, dan lazat.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
110.2 kcal

Carbohydrate
2.2 g

Cholesterol
6.6mg

Fiber
8.3g

Protein
211.9 g

4 biji | Telur |
1 ½ sudu besar | Minyak masak |
2 ulas | Bawang putih, dicincang halus |
1/2 inci | Halia, dipotong memanjang |
150 g | Kacang panjang, dipotong kecil |
1/3 tsp | Serbuk lada putih |
1/2 tsp | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami |
1/8 tsp | Garam |
Bahan-bahan A: Telur
1 tbsp | Air |
1/3 tsp | Serbuk lada putih |
1/2 tsp | Kicap cair |
1/8 tsp | Garam |

- Pukul telur bersama bahan-bahan (A), ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia.
- Masukkan kacang hijau, kacau goreng.
- Masukkan serbuk lada sulah, AJI-NO-MOTO® dan garam, kacau rata.
- Tuang telur dan kecau sehingga masak, sedia dihidang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 17% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


