Kambing Rogan Josh Bersama Puri

Kambing Rogan Josh Bersama Puri
1 jam 30 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Rogan Josh Kambing ialah kari kambing India yang berasal dari Kashmir. Memberikan kelazatan dengan rasa yang kuat dan rasa sederhana pedas yang menyelerakan. Paling sesuai digandingkan dengan Puri lembut.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
710.4 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
80.0 g
Protein
Protein
49.1 g
Fat
Fat
22.5 g
Sodium
Sodium
859.1 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Kambing Rogan Josh

Bahan-bahan A:

800 g Daging kambing bersama tulang
1 sudu besar Minyak sapi
1 cawan Yogurt biasa
2 cawan Air
1 sudu besar Serbuk jintan manis
3 sudu besar Serbuk cili
1 sudu kecil Pes halia

 

Bahan-bahan B: rempah ratus

1/2 sudu kecil Asafoetida
1 sudu kecil Jintan putih
1 helai Daun salam kering
8 biji Bunga cengkih
2 inci Kulit kayu manis
6 biji Buah pelaga
1½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
3/4 sudu kecil Garam

 

Puri

Bahan-bahan:

2 cawan Tepung gandum
1 sudu kecil Gula
1 cawan Air
1/2 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Minyak masak
2 cawan Minyak masak untuk menggoreng

 

Method
Cara Menyediakan

Kambing Rogan Josh

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk, tumis rempah ratus sebelum dimasukkan daging kambing.
  2. Masak daging di atas api sederhana sehingga sedikit keperangan.
  3. Campurgaulkan yogurt, serbuk jintan manis, serbuk cili dan pes halia sehingga menjadi pes halus dan dimasukkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan air dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO dan garam. Biarkan daging kambing masak sehingga empuk dengan api sederhana. Kacau sekali sekala.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

Puri

  1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan air perlahan-lahan dan gaul sehingga doh mula terbentuk.
  3. Sekarang masukkan minyak dan uli selama 5 minit lagi sehingga menjadi doh yang licin.
  4. Tutup dan biarkan berehat selama 5 minit (doh boleh disejukkan selama 2-3 hari)
  5. Canai doh menjadi bebola kecil dan leperkan dengan penggelek.
  6. Masukkan ke dalam minyak panas, masak sehingga perang keemasan. Toskan ke atas tuala dapur untuk mengeluarkan lebihan minyak.
  7. Sedia untuk dihidang bersama Kambing Rogan Josh.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 14% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg