Kangkung Goreng Belacan

20 minit

5 Hidangan

Kangkung Goreng Belacan merupakan hidangan popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga merupakan cara terbaik untuk memasukkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam diet anda sambil menikmati keenakan masakan.
Resipi Sayur Kangkung Goreng Belacan daripada Ajinomoto Malaysia yang mudah dan sangat sedap. Sesuai dihidangkan untuk warga emas dan seisi keluarga kerana resipi ini juga lebih sihat dan kurang garam.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
68.6 kcal

Carbohydrate
3.96 g

Protein
3.58 g

Fat
4.22 g

Sodium
278.98 mg

2 sudu besar | Minyak |
300 g | Kangkung, buang bahagian keras dan potong 2 inci panjang |
¼ cawan | Air |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami |
¼ sudu kecil | Garam |
½ biji | Cili merah, dipotong serong |
Bahan-bahan A: kisar halus
2 biji | Bawang kecil |
2 ulas | Bawang putih |
1 biji | Cili merah |
2-3 biji | Cili api |
½ cm | Belacan |
2 sdu besar | Ikan bilis, direndam |

- Panaskan minyak, tumis bahan kisar (A) sehingga wangi.
- Masukkan kangkung, air, AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Kacau rata sehingga kangkung lembut.
- Sedia dihidang bersama hirisan cili merah.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 10% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


