Kari Ayam Bersama Kentang

Kari Ayam Bersama Kentang
1 jam
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Menu harian yang popular di kalangan masyarakat kita. Ayam dan kuah yang pekat, enak dimakan bersama nasi panas ataupun roti.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
222.2 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
15.1 g
Protein
Protein
15.3 g
Fat
Fat
11.3 g
Sodium
Sodium
374.4 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan:

2 sudu besar Minyak masak
1 biji Bawang besar, dihiris
1 inci Halia, ditumbuk
2 ulas Bawang putih, ditumbuk
1 sudu besar Serbuk kari ayam
1/2 sudu besar Serbuk cili
1/2 sudu kecil Serbuk kunyit
300 g Ayam, dipotong kecil
2 biji Kentang, potong dadu besar
150 ml Air
50 ml Santan

Bahan-bahan A: rempah

1 biji Bunga cengkih
1 kuntum Bunga lawang
1 batang Kulit kayu manis
1 tangkai Daun kari

Bahan-bahan B: bahan perasa

1 keping kecil Asam keping
1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam
1/2 sudu kecil Garam
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan rempah (A) sehingga wangi.
  2. Masukkan pes halia dan pes bawang putih bersama-sama serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit.
  3. Kacau goreng dengan api kecil sehingga naik minyak. Masukkan ayam, kacau rata.
  4. Masukkan kentang, bahan perasa (B) dan air. Kacau dan tutup, biarkan masak di atas api sederhana selama 15 minit.
  5. Akhir sekali masukkan santan, didihkan selama 2 minit. Hidang panas.
     
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 11% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg