Keladi Abakus

Keladi Abakus
recipe-cook-time
10 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Keladi Abakus

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A: bebola keladi

1 kg Keladi, dibersihkan dan dihiris halus
2 l Air
300 g Tepung ubi kayu
1 1/2 sudu kecil Garam
4 sudu besar Minyak masak

Bahan-bahan B: kacau goreng

30 g Cendawan shitake kering, direndam dan dihiris
250 g Daging ayam kisar
10 g Sotong kering, dihiris
20 g Cendawan hitam kering, direndam dan dihiris halus
1/2 cawan Air
1 Lik(daun bawang kucai), dihiris halus
3 sudu besar Minyak masak
1 sudu kecil Lada Berperisa AJI-SHIO®
50 g Udang kering, dicuci dan dicincang
1/4 sudu kecil Kicap pekat
1/4 sudu besar Sos ikan
2 ulas Bawang putih, dicincang
2 Bawang merah, dicincang
1 1/2 sudu kecil Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®
Method
Cara Menyediakan
  1. Kukus keladi selama 30 minit atau sehingga lembut. Lecek keladi yang telah dimasak dan masukkan 1 sudu kecil garam serta 2 sudu besar minyak masak.
  2. Masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bulatkan adunan menjadi bebola kecil, gunakan jari dan tekan di bahagian tengah untuk membuat bentuk.
  4. Didihkan air, perasa dengan ½ sudu kecil garam dan 2 sudu besar minyak masak. Masukkan bebola ke dalam air didih dan rebus sehingga bebola terapung.
  5. Tos bebola dan gaulkan dengan sedikit minyak.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng sotong kering dan udang kering hingga rangup dan keluarkan.
  7. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  8. Masukkan cendawan shitake dan cendawan hitam. Gaul rata.
  9. Masukkan daging ayam kisar, kacau hingga masak.
  10. Masukkan lik dan gaul rata.
  11. Perasakan dengan Lada Berperisa AJI-SHIO®, Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX® , sos ikan dan kicap pekat.
  12. Masukkan air dan reneh seketika. Masukkan bebola keladi, sotong dan udang kering yang telah digoreng. Masak hingga kering.
  13. Sedia dihidangkan.
Method
Tips

Bebola keladi boleh disediakan terlebih dahulu dan dibekukan dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Anchovy Stock Recipes
TUMIX® Anchovy Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg