Kentang Dan Cendawan ‘Au Gratin’

Potato And Mushroom Au Gratin
45 minit
recipe-cook-time
4 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resipi ringkas namun lazat sesuai untuk makan malam yang ringkas. Hidangan hangat yang terbaik untuk dikongsi bersama tersayang.

Ingredients
Bahan-bahan
2 sudu besar Minyak zaitun
100 ml Susu segar
200 ml Krim masakan
1 helai Daun salam kering
1 sudu kecil Daun thyme segar
2 ulas Bawang putih, dicincang
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
500 g Kentang russet, dikupas dan dihiris nipis bentuk bulat
60g Cendawan butang putih, dihiris
100 g Keju mozzarella, diparut
200 g Keju cheddar, diparut
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sapu sedikit minyak pada kaserol atau bekas pembakar seramik.
  2. Tuangkan susu segar, krim, daun salam, daun thyme dan bawang putih ke dalam kuali dan panaskan sehingga mereneh.
  3. Apabila ia mula mereneh perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, tutup api. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
  4. Susun hirisan kentang dan cendawan dalam kaserol, susun lapis demi lapis sehingga habis dan tuangkan campuran krim ke atas dan tekan perlahan-lahan kentang dan cendawan untuk menenggelamkannya ke dalam krim.
  5. Taburkan keju mozzarella dan keju cheddar di atasnya.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 35 minit atau sehingga kentang berwarna perang keemasan dan empuk.
  7. Biarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg