Ketam Sumbat

Ketam Sumbat
1 jam 30 minit
recipe-cook-time
8 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Resipi Ketam Sumbat yang mudah dan sedap kerana dimasak menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan isi ketam yang lembut. Ketam Sumbat ini juga lebih sihat dan sesuai untuk warga emas dan kanak-kanak.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
167.6 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
9.76 g
Protein
Protein
14.7 g
Fat
Fat
7.8 g
Sodium
Sodium
330.3 mg
Ingredients
Bahan-bahan
8 ekor Ketam bunga sederhana kecil
8 keping Kulit ketam, dicuci dan dikeringkan
2 biji Putih telur, untuk salutan
Sedikit Serbuk roti, untuk salutan

Bahan-bahan A

200 g Isi ayam cincang
1 biji Telur
50 g Santan
2 sudu besar Tepung jagung
5 - 6 helai Daun limau purut, dihiris halus
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO® Perencah Umami
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 sudu besar Sos ikan

Bahan-bahan B: dikisar

4 - 5 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 - 4 hiris Halia
2 - 3 tangkai Daun ketumbar termasuk akar
Method
Cara Menyediakan
  1. Kukus ketam dan keluarkan isinya.
  2. Di dalam mangkuk besar, campurgaulkan isi ketam, bahan-bahan (A) dan (B) sehingga menjadi pes likat.
  3. Sumbat pes di dalam kulit ketam.
  4. Sapu putih telur di atas pes dan salut dangan serbuk roti.
  5. Goreng dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 15% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg